Tentang Kami

Program pendidikan pesakit pra-dialisis (PDEP)

Untuk meningkatkan perkhidmatan nefrologi di Malaysia, pendidikan pra-dialisis harus memainkan peranan penting dalam pengurusan dan penyediaan rawatan pesakit penyakit buah pinggang kronik (CKD). PDEP ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang penyakit, serta membantu pesakit dalam membuat keputusan untuk rawatan mereka. PDEP adalah program pembelajaran dewasa berstruktur dan komprehensif dalam menyediakan pesakit CKD menjalani kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.

cerita kami

Sekumpulan doktor pakar dari pelbagai bidang (buah pinggang, jantung) berserta dengan ahli farmasi, pakar pemakanan dan pesakit telah secara sukarela membantu pembentukan modul pembelajaran PDEP ini. Ia diharap dapat memberi pengetahuan yang lebih mantap dan baik kepada pesakit dalam menjalani kehidupan sebagai pesakit buah pinggang kronik dan seterusnya beoleh membuat keputusan yang baik untuk rawatan dan cara hidup yang sihat semasa menjalani rawatan.

Pengerusi laman web

Doktor Rafidah Abdullah

Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman,
Hospital Putrajaya
Pengerusi Bersama
img-people-04-2

Doktor Hirman Ismail

Pakar Perubatan Kesihatan Awam,
Kementerian Kesihatan Malaysia Pengerusi Bersama

Penulis utama

Doktor Nor Fadhlina Zakaria

Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Universiti Putra Malaysia
Ketua Editor

Doktor Rafidah Abdullah

Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya

Doktor Lily Mushahar

Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban

Doktor Suryati Yaakob

Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Selayang, Selangor

Doktor Wan Zul Haikal Hafiz Wan Zukiman

Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Universiti Putra Malaysia

Pesakit Shazwali Taib

Penerima Transplan Buah Pinggang

Email

Hubungi Kami

MYBuahPinggang merupakan suatu gerakan sukarela yang dimulakan oleh sekumpulan doktor pakar dan pesakit buah pinggang bagi memberi kesedaran yang lebih meluas kepada orang ramai dan pesakit mengenai penyakit buah pinggang. Program pendidikan pesakit pra-dialisis (PDEP) menyediakan pesakit CKD tahap 4 dan 5 pengetahuan lebih mendalam ketika membuat keputusan tepat tentang pilihan rawatan dan cara untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan berkualiti semasa rawatan dilakukan

© 2022, MYBUAHPINGGANG. ALL RIGHTS RESERVED. Direka oleh ChamRun Digital